INFO KOMBEK NS
π§ππ₯πππ‘π !!! Bayaran Dividen Anggota 2024
Para anggota boleh mengisi borang yang dilampirkan untuk pembayaran dividen 2024 bagi tahun kewangan 2023. Klik link dibawah π https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd31tYJhYEPwOGeAdD21Xb9N0GqIprK4LA2s3ItPMTxnp_0dw/viewform?usp=sf_link
Derma Bantuan Bencana Alam
Anggota yang mengalami bencana alam seperti rumah terbakar, banjir dll.Sumbangan mengikut Kerosakan yang dialami.
Daftar Sekarang Untuk Menjadi Anggota Koperasi
Hubungi kami sekarang untuk memperoleh manafaat keahlian
Daftar SekarangKOMBEK NS
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad atau KOMBEK NS dulunya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Anak-Anak Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan (The Malay Public Servants Co-Operative Credit Society Limited Negeri Sembilan) yang telah ditubuhkan pada tahun 13 Jun 1924
AKTIVITI PERNIAGAAN KOPERASI
Usia Koperasi telah 100 tahun dari mula penubuhannya pada tahun 1924 hingga kini. Pelbagai aktiviti perniagaan telah dijalankan seperti dan memberi sumbangan khidmat bakti kepada Anggota kakitangan Kerajaan Negeri Sembilan dan kepada kerajaan antaranya adalah
- Memberi Pinjaman kepada Kakitangan Awam yang berlandaskan Syariah
- Menjalankan Aktiviti Perladangan 100 ekar Ladang Kelapa Sawit di Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan
- Menjalankan Aktivi Perniagaan Pajak Gagai Islam ( Ar Rahnu )
- Menjalankan Aktiviti Perhotelan ( Mesra Boutique Hotel )
- Menjalankan Aktiviti Perniagaan Jualan Hartanah
- Menjalankan Aktiviti Perniagaan Insuran dan Takaful
LADANG SAWIT
100 ekar Ladang Kelapa Sawit di
Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan
PAJAK GADAI ISLAM ( Ar Rahnu )
Koperasi memiliki dua (2) premis perniagaan Ar Rahnu
HOTEL
Hotel Mesra yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson
HARTANAH
Koperasi mempunyai beberapa hartanah disewakan sebanyak 43 unit sebagai pendapatan
PEMBIAYAAN SYARIAH
Pembiayaan maksimum RM 50,000.00 dengan kadar keuntungan yang dikenakan kada rata (flate rate) tanpa dikenakan OPP
Memberi Pembiayaan
Memberi Pembiayaan kepada Kakitangan Awam yang berlandaskan Syariah
Pembiayaan | Jumlah Pinjaman |
---|---|
Pembiayaan Peribadi | RM 50,000.00 |
100% daripada Yuran keahlian | RM 15,000.00 |
Pembiayaan Pengguna | RM 15,000.00 |
Pembiayaan Perlancongan & Umrah | RM 15,000.00 |
Pembiayaan Kecemasan/Hari Raya/Pendidikan | Mengikut jumlah insuran |
Pembiayaan Insuran Kenderaan (tanpa faedah) | Mengikut jumlah yuran |
Menjalankan Aktiviti Perladangan 100 ekar Ladang Kelapa Sawit di Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan
Tanaman Semula kelapa Sawit kosnya bernilai RM550,000.00. Sebanyak 5621 anak benih kelapa sawit telah ditanam dengan dua baka berlainan iaitu Baka Yamgambi 3251 pokok dan baka Guhteri 2370 pokok. Pokok tersebut ditanam pada Julai 2017. Usia pokok sawit sehingga kini berumur 5 tahun dan telah mengeluarkan hasil pada tahun 2021.
Nama | Jawatan |
---|---|
Ym Tengku Hasan bin Tengku Adzim | Pengerusi Biro |
Tuan Haji Ebni Hajal bin Ramli | Setiausaha Biro |
Tuan Haji Abidin bin Samah | Jawatankuasa Biro |
Menjalankan Aktiviti Perniagaan Pajak Gagai Islam ( Ar Rahnu )
Koperasi memiliki dua (2) premis perniagaan Ar Rahnu iaitu di :-
Ar Rahnu Seremban No. 157, Tingkat 1, Jalan Dato Bandar Tunggal, 70000 Seremban
Ar Rahnu Nilai No. 9, Tingkat Bawah, Jalan Terminal Nilai 1, 71800, Nilai, Negeri Sembilan
Ar Rahnu Seremban dibuka pada tahun 2004 dan usianya kini 16 tahun. Manakala Ar Rahnu Nilai dibuka operasinya pada bulan Julai 2019 (7 bulan). Perniagaan Ar Rahnu menyumbang pendapatan kepada Koperasi lebih kurang RM250,000.00 setahun dan pendapatan ini dijangka akan melonjak kepada RM500,000.00 setahun berikutan pembukaan Ar Rahnu di Nilai.
HARGA EMAS GADAIAN(19/9/2023)
KARAT | EMAS | HARGA |
---|---|---|
24.0K | 999 | RM 331 |
22.8K | 950 | RM 321 |
22.0K | 916 | RM 300 |
21.0K | 875 | RM 295 |
20.0K | 835 | RM 281 |
18.0K | 750 | RM 260 |
Perhotelan
Menjalankan Aktiviti Perhotelan ( Mesra Boutique Hotel )
Mesra Boutique Hotel Teluk Kemang, Port Dickson
Hotel Mesra yang terletak di Teluk Kemang, Port Dickson dibuka secara rasmi pada 9 Oktober 2009 dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) DatoSri Ismail Sabri Bin Yaakob. Hotel yang dimiliki oleh koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan (KOMBEK) mempunyai 80 bilik yang merangkumi pelbagai jenis bilik iaitu seperti Bilik Single, Bilik deluxe dan Bilik Family. Hotel yang diusahakan oleh KOMBEK ini dibahagikan beberapa lot banggunan kedai yang disewa oleh KOMBEK dan lot banggunan kedai kepunyaan KOMBEK.
Galeri
GALERI KOMBEK NEGERI SEMBILAN
Pendaftaran Anggota KOMBEK NS
Anda hanya perlu masukkan data peribadi anda dan kami akan hubungi anda secepat mungkin untuk proses pendaftaran atau sebarang pertanyaan
AKTIVITI
Aktivi dan info terkini tentang KOMBEK Negeri Sembilan
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan tentang KOMBEK NS anda boleh menghubungi kami atas talian atau terus ke cawangan kami
Alamat
431, Lorong Titiwangsa 2, Taman Bukti Setia, 70400 Seremban, Negeri Sembilan